Rahmat Dan Nikmat Tuhan


Rahmat dan nikmat Tuhan ada yg tersembunyi ada yg nyata

Ada nikmat yg tersurat ada nikmat-Nya yg tersirat

Ada rahmat dan nikmat jangka pendek ada rahmat dan nikmat jangka panjang

Rahmat dan nikmat yg tersirat dan jangka panjang ramai manusia tidak sedar

Nikmat yg tersurat dan yang jangka pendek pun banyak org tidak terasa

Apatah lagi yg tersirat dan jangka panjang lagi manusia buta melihatnya

Kecuali org yg ada ilmu syariat dan bertaqwa kpd Tuhan sahaja yg nyata kepadanya

Di antara rahmat dan nikmat yg tersembunyi seperti miskin, sakit, susah, bala bencana

Org yg tidak faham sudah tentu menyangka itu adalah bala semata-mata

Takkan bala dikatakan rahmat dan nikmat dari Tuhan Pencipta

Ia juga termasuk rahmat dan nikmat jangka panjang

Kalau tidak berlaku di dunia yg pasti berlaku adalah di Akhirat sana

Rahmat dan nikmat tersembunyi atau jangka panjang ramai menyangka bukan rahmat dan nikmat

Kalau begitu mereka tidak faham kerja-kerja Tuhan terhadap mereka

Jika tidak faham rahmat dan nikmat akan terbalik menjadi bala

Macam kanak-kanak bermain api itu nikmat kerana dia tidak faham ada bencana yang tersirat

Sekiranya ibu bapanya melarangnya dianggap satu balak

Padahal larangan ibu dan ayahnya itu adalah rahmat dan nikmat tapi dia jahil melihatnya

Begitulah Tuhan terhadap kita, banyak kerja-kerja Tuhan yang ditimpakan kepada kita, apa yang berlaku kita tidak faham

Kita hanya melihat lahirnya sahaja

Kalau lahirnya nikmat, itu nikmatlah, padahal di sebalik itu adakalanya balak, sama ada belum nampak atau ia akan berlaku jangka panjang

Begitu juga kita lihat kejadian itu merupakan balak padahal yang tersirat nikmat atau rahmat tapi belum nampak

Ia akan berlaku mungkin jangka panjang paling tidak di akhirat kelak

Kerana itulah wajib kita kenal Tuhan dan faham kerja-kerja Tuhan

Kalau tidak kita akan terkeliru dibuatnya

Nanti yang baik disangka jahat, yang jahat disangka baik sekiranya kedua-duanya itu tersirat.

oleh : Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi